Sunday 14 April 2013

Siapakah PAP(Singapura)dengan DAP(Malaysia)

Pada Hari ini 14 April 2013 telah mendapat maklumat dari rakan mengatakan PAP(Singapura)akan memberi cuti khas kepada rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura.

Persoalannya apakah perhubungan diantara PAP dengan DAP.Sebenarnya parti DAP adalah parti serpihan PAP yang berkuasa di Singapura .

Beliau telah mendedahkan (scara sengaja atau tidak) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada pengundi.

Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina yang akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor

Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah sebagai calon.

Usaha bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah.

Merujuk kepada petikan akhbar Utusan On Line pada 21/12/2010 Artikel yang bertajuk DAP tiru strategi parti PAP

Merujuk kepada petikan perenggan ke 4 "Semasa merancangan strategi untuk berkuasa ,Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu masuk masjid turun masjid menjadi lumrah.

Setelah berkuasa,umat Islam,kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

Kita lihat sebelum menguasai Singapura Kuan Yew sanggup melakukan apa saja demi menarik sokongan dari orang Melayu sanggup memakai songkok untuk bertemu penduduk Melayu pada masa itu.

Apabila Singapura di kuasai oleh PAP maka tiada lagi ketuanan Melayu.Bangsa Melayu di pinggirkan dan tidak di benarkan menguasai jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Sekiranya kita rakyat Malaysia membenarkan parti DAP menerusi Pakatan Rakyat menguasai politik Malaysia maka maruah bangsa Melayu akan jadi seperti maruah bangsa Melayu Singapura.

Lihatlah di Pulau Pinang bagaimana negeri di bawah kepimpinan DAP adalah mirip pemerintahan PAP.

Janji DAP pada PRU12 sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya hak Melayu akan di hapuskan.Itulah cara mereka.

Kita lihat cara kempen parti DAP mirip kepada PAP ,dimana setiap pemimpin DAP mesti dekat dgn orang melayu,pemimpin DAP mesti boleh baca surah atau mentafsir hadis semasa berceramah di kalangan orang Melayu.

Orang melayu harus sedar bagaimana tipu daya yang digunakan oleh DAP untuk menjatuhkan kerajaan di bawah kepimpinan BN.

Pada masa ini penyatupaduan di kalangan orang Melayu amat di perlukan demi membela Agama ,Bangsa dan tanah air.

Ayuh bangun lah wahai bangsa ku undilah Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment