Monday 8 April 2013

Orang Umno Kena Talkin

Malam ini di Balai Raya Tebuk Haji Musa begitu ramai gelombang biru kena talkin oleh penceramah jemputan.

Tajuk ceramah pada malam ini adalah "Kita Talkinkan Pengkhianat Bangsa"

Kehadiran penyelaras Dun Titi serongEn Abu Bakar Mat Ali,Presiden Belia 4B Malaysia En Muamar Ghadafi,Penghulu Shahrul,Ketua Pemuda Cikgu Mi dan Ketua Wanita Umno Pn Rodiah

Ucapan aluan di beri oleh En Abu Bakar Mat Ali penyelaras Dun Titi Serong,beliau menyatakan PRU ke 13 ini adalah pru yang cukup hebat.

Kita perlu berkerja lebih keras untuk menghadapi pru pada kali ini.Telah banyak bantuan yang di beri oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat di sekitar Titi serong.

En Abu Bakar menyarankan kita kena pertahankan kerajaan yang ada sekarang ini iaitu Kerajaan BN. Tidak kira siapa pun calun kita tetap menyokong demi kemenangan BN.

En Saiful Ambar Abdullah(Peguam)

Kenapa kita perlu tolak pakatan rakyat.
Dalam isu kalimah Allah Joseph Lim Guan Eng mendesak kerajaan Malaysia menerima perkataan Allah di guna pakai oleh orang bukan islam.

Perkataan Allah ini akan di terjemahkan dalam kitab Bible.

Pada 8 Jan 2013 Anwar Ibrahim mengumumkan perkataan Allah boleh di guna pakai oleh semua bangsa.

Adakah pemimpin macam ini akan menjadi pilihan rakyat.Kita perlu tolak kepimpinan seperti ini.

Persoalannya kenapa tak ada seorang pun pemimpin PAS tidak pun merpertahankan kalimah Allah ini.
Dimanakah idealogi Parti PAS yang merpejuangkan Agama Islam,

Sedangkan kalimah Allah pun mereka tidak boleh pertahankan bagaimana mereka nak takbir negara ini.

Khairul Faisal

Sekiranya perlaksanaan Bible ini di terjemahkan dalam bahasa melayu maka perkataan Allah semestinya dalam bahasa melayu.

Apa akan terjadi sekiranya Bible ini sampai ke tangan anak muda melayu,Ini lah yang perlu kita tentang.

Apa yang kita lihat sekarang UMNO lah yang merpejuangkan Islam di manakah PAS?

Dimanakah manifesto PAS yang di perjuangkan oleh parti PAS selama ini.kenapa mereka tidak memperjuang perjuangan Arwah Yusuf Rawa ,arwah Ustaz Fazil Noor.Kenapa mereka menukar manifesto kepada negara kebajikan.

Shamsul Hidayat(Bekas Ketua Angkata Muda Keadilan)

Siapakah pengkhianat bangsa yang sebenarnya?

Rahsia di sebalik tabir pembebasan Anwar Ibrahim 2004.Bagaimana Anwar Ibrahim merangka strategi utk menghadapi PRU 12.

Anwar Ibrahim merangka kekuatan Barisan Nasional adalah UMNO.Dia mereka cerita parti UMNO ini adalah parti rasuah,membunuh,dan segala bagai.

Perkara ini perlu di ulang - ulang agar rakyat boleh percaya segala kenyataan yang di buat adalah benar.

Isu yang pertama beliau merangka pembunuhan Altantuya dengan mengaitkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah

Merangcang projek 16 September
Anwar akan jadi Perdana Menteri
Bagaimana Anwar menipu keseluruhan kepimpinan komponen parti pembangkang yang lain bahawasanya yang di Pertuan Agong dah setuju melantik beliau jadi PM .
Satu penipuan yang amat jahat dilakukan oleh si Anuar ini.

Pada awal 2009 ada seorang adun UMNO Datuk Nasa keluar dari UMNO.
Anuar telah memuji manusia pengkianat ini.

Selepas pada itu adun PKR keluar dari parti.Anuar telah beri arahan untuk buat ceramah seluruh negara mengatakan UMNO telah beri rasuah kepada wakil rakyat pembangkang yang berpaling tadah ini.

Maka bermulalah road show yang di kepalai oleh si Anuar ini bagaimana mereka menburukkan barisan kepimpinan kerajaan.

Pada masa DR Zambri Kadir hendak mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru,Anwar mengarahkan mereka dari parti pakatan mesti menghalang Dr Zambri Kadir dari mengangkat sumpah.

Inilah agenda kotor dari parti pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim.

Maka atas sifat kesedaran dari pengalaman yang lalu,kita dari Barisan Nasional dan sahabat dari pakatan pembangkang harus menolak Pakatan Pembangkang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. salam perjuangan...

    blog saudara telah saya linkkan di bloglist "Team Media Perak".. harap maaf kerana lambat reply akibat sibuk dengan tugasan...

    -Kulaan Niring-

    ReplyDelete